Bertempat di GSC, Alamanda saya menonton movie ini..
bagi saya, movie ni best..
mesej yang ingin disampaikan agak berat..
tetapi memberi pengajaran seadanya~
saya berikan sedikit ringkasan movie ini ok..?=)
Shrek, setelah melalui pelbagai rintangan hidup yang mencabar (chewaahhh~)
Berlawan dengan dragon, menyelamatkan princess, menyelamatkan negara..
kini Shrek menjalani kehidupan berkeluarga..
ogre yang berkeluarga..
Shrek & Fiona mempunyai 3 anak..
Shrek yang sepatotnya digeruni, kini menjalani hari² seperti penduduk kampung yang lain..
Shrek mula bosan dengan rutin hariannya yang sama..
sehinggalah membawa Shrek kepada perjanjian dengan Rumpelstlitskin..
perjanjian untuk menukar 1 hari dalam hidup shrek supaya shrek merasa 1 hari hidup sebagai ogre yang ditakuti semula..
sebaik sahaja perjanjian tersebut ditandatangani, Shrek tercampak ke satu dimensi..
dimana negara Far Far Away dalam versi yang amat² berlainan..
di dalam dimensi itu, ogre amat ditakuti..
Rumpelstlitskin adalah raja yang memerintah Far Far Away..
dan Shrek+Fiona tidak pernah bertemu..
Semuanya bergantung pada Shrek untuk mengembalikan dunia asalnya..
untuk menyelamatkan kawan² nya..
serta untuk merebut kembali cinta sejati bersama Fiona..
Cara untuk menjadikan semua itu satu kenyataan, Shrek hendaklah mencium Fiona sebelum matahari terbit..
Nak tahu lenih lanjut..?
sila lah menonton movie ini di pawagam berhampiran anda..
ok..? =)
Lumrah kehidupan kan ..?
kita memamg tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada..
kita memang tak akan tahu betapa berharganya apa yang kita miliki..
Setelah kehilangannya barulah mata akan terbuka luas..
dan menyesali apa yang terjadi..
Kalau kita hidup dalam alam fantasi, adalah tak mustahil untuk kita mengubah apa yang terjadi..
tetapi,
dalam realiti kehidupan sebenar..
mampukah kita..?
Hargailah apa yang kita miliki sebelum kebahagian itu berlalu pergi =)
No comments:
Post a Comment