Monday, May 31, 2010

♥ 28 May 2010 - Bila Rindu Ini Datang Menggamit ♥

Yeay! Cuti..
hehehe~

Plan tuk hari jumaat nan suci ini..
adalah untuk melawat 'taman' arwah wan+arwah adik saya..
agak lama saya tak menziarah mereka..

Pada jam 0900 saya+mak gerak dari rumah..
dan menuju ke west country,kajang untuk amek atuk saya..
setelah lengkap ahli lawatan, kami pon bergerak ke kubur..

Seperti lazimnya, kami bersihkan kubur..
kubur arwah wan saya agak banyak rumput² yang mula mengganas..
kubur adik saya rumput yang masih muda lagi.. =)
setelah itu, kami sedekahkan bacaan surah yasin..
dan sambung mengemas+membersihkan kubur lagi..
dalam jam 1045 kami bergerak pulang..
setelah puas hati dengan keadaan 'taman' mereka =)

Arwah wan pergi tinggalkan kami 14 januari 2008..
Beliau dimasukkan ke hospital kerana sakit perut..
tetapi, ditempatkan di Cardiac Care Unit (CCU) pada 13 januari 2008
pada 14 januari 2008 sepatutnya beliau menjalani operation..
tetapi, tidak berkesempatan..
Allah lebih sayangkan beliau..
dah 2 tahun pon berlalu..
dan saya membesar dibawah jagaan beliau..
pemergian beliau menjadi tamparan hebat buat saya..
rasa macam kehilangan arah..
rasa macam tiada tujuan hidup..
tetapi, syukur ke hadrat Ilahi..
dengan kehadiran 'teman' saya..
beliau menjadi kekuatan untuk saya teruskan hidup..




Sekali lagi, saya mendapat tamparan hebat dalam hidup..
Apabila satu² nya adik seibu sebapa saya..
pergi meninggalkan kami..
pada 11 november 2009..
accident depan hospital serdang..
meninggal di tempat kejadian..
berikutan dengan kemalangan itu
jalan puchong putrajaya mengalami kesesakan yg sangat teruk..
punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk pada kepala..


Sebenarnya..
hati ini masih susah tuk percaya..
sume ini adalah kenyataan..
bile terpandang nama di atas batu nisan nih..
macam baru tersedar dari tidur..
kenyataan bahawa mereka² yang disayangi telah pergi..
macam tak percaya yang saya akan nampak nama adik saya di atas batu nisan..

bagaimana sayangnya kami semua pada mereka..
ternyata Yang Maha Esa lebih menyayangi mereka..

Al-Fatihah..
Buat Patimah binti Bador dan Ahmad Farhan Mumtaz Ahmad
Semoga roh mereka di cucuri rahmat..
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..
Semoga dipermudahkan azab siksaan kubur bagi mereka~
Amin
























































No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails