Sunday, January 20, 2013

Kek Coklat Moist

Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi saya cuba post entri utk resepi kek coklat ini.

Saya memang suka buat kek coklat. Kadang2 seminggu sampai 3 kali. Saya makan tak habis pon. Maka yg jadi mangsa,mereka2 di ofis. Nasibah habis. Kalau tak,ke tong sampah la jawabnya.

Saya dah cuba beberapa resepi. Ini yg paling menepati citarasa dan paling mudah. Tak perlu nak ada penimbang pon. Sukat ikut cawan je. Senang kan? *senang utk saya sebenarnya*

Ok, ini senarai bahan2 yg saya gunakan.

Bahan-bahan kek:
- 2 cawan tepung kek *
- 1 cawan serbuk koko *
- 1 1/2 gula
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 minyak jagung
- 1 1/2 cawan air panas
- 4 biji telur
- garam *
- esen vanila

Bahan-bahan topping
- Serbuk koko
- Susu pekat manis @ whipping cream
- Minyak jagung

- Bahan2 bertanda * ayak dan ketepikan.
- Pukul telur+gula sampai kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan minyak jagung
- Masukkan bahan2 yg telah di ayak tadi. Selang seli kan dengan air panas.
- Masukkan esen vanila

Panaskan oven 180°c dan bakar selama 45-60 minit. Guna api bawah. Masa bergantung pada saiz loyang yg anda gunakan. Loyang saya kecil je,jadi kek saya ambil masa sejam utk masak.

Adunan ini memang cair. Sebab itulah moist namanya. Resepi asal guna 2 cawan gula tp saya kurangkan. Takut manis sangat.

Untuk topping pula,masukkan semua bahan2 dalam periuk,gunakan api paling slow. Adjust ikot kemanisan sendiri. Selalunya saya buat topping lepas kek masak sebab nak bagi balance kemanisan kek dengan topping.

Selamat membakar kek!

Saya tension!

Saya menaip entry utk di update. Tp semasa publishing tak sudah2, sampai failed. Uwaaaaaaa! Penat tau saya taip.

Saturday, January 19, 2013

Selamat Datang



Seperti dah lewat untuk ucapkan Happy New Year. But better late than never. Kan? *alasan untuk diri sendiri*

Tahun baru tak dapat dipisahkan dengan soalan 'apa azam tahun baru?'. Bila diajukan soalan tu,rasa macam terpinga2 sejenak. Sebab macam dah terlalu lama saya takde azam baru. Eh,bukan lah bermakna saya ni tidak mempunyai azam langsung. Tapi tak semestinya masa awal tahun je. Kan?

Harapan saya utk 2013 ni,semoga perjalanan hidup saya akan dipermudahkan. Dari segi kehidupan peribadi mahu pon kerjaya. Sentiasa mahukan yg terbaik utk diri sendiri. Sebab kalau bukan saya yg usahakan utk diri sendiri,tak kan ada org lain yg nak tolong perbaiki kehidupan saya.

Several things happen to me in 2012. Saya jatuh dan saya cuba bangun kembali. I've learn from it. Cuba utk tidak terlalu percaya kepada org sekeliling. Cuba utk jadi selfish *pelik kan tapi saya perlu selfish apabila saya berada di persekitaran yg penuh dengan manusia jenis ini*

Saya bukan lah sebaik mana. Tp saya acapkali lalai dalam membuat judgement. Sehingga seringkali membiarkan pisang berbuah dua kali. InsyAllah,tak akan berulang.
Semoga 2013 akan menbawa perubahan yg positif utk kita semua.

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails