Monday, May 31, 2010

♥ 29 May 2010 - Shrek Forever After ♥

Bertempat di GSC, Alamanda saya menonton movie ini..
bagi saya, movie ni best..
mesej yang ingin disampaikan agak berat..
tetapi memberi pengajaran seadanya~



saya berikan sedikit ringkasan movie ini ok..?=)
Shrek, setelah melalui pelbagai rintangan hidup yang mencabar (chewaahhh~)
Berlawan dengan dragon, menyelamatkan princess, menyelamatkan negara..
kini Shrek menjalani kehidupan berkeluarga..
ogre yang berkeluarga..
Shrek & Fiona mempunyai 3 anak..
Shrek yang sepatotnya digeruni, kini menjalani hari² seperti penduduk kampung yang lain..
Shrek mula bosan dengan rutin hariannya yang sama..
sehinggalah membawa Shrek kepada perjanjian dengan Rumpelstlitskin..
perjanjian untuk menukar 1 hari dalam hidup shrek supaya shrek merasa 1 hari hidup sebagai ogre yang ditakuti semula..
sebaik sahaja perjanjian tersebut ditandatangani, Shrek tercampak ke satu dimensi..
dimana negara Far Far Away dalam versi yang amat² berlainan..
di dalam dimensi itu, ogre amat ditakuti..
Rumpelstlitskin adalah raja yang memerintah Far Far Away..
dan Shrek+Fiona tidak pernah bertemu..

Semuanya bergantung pada Shrek untuk mengembalikan dunia asalnya..
untuk menyelamatkan kawan² nya..
serta untuk merebut kembali cinta sejati bersama Fiona..
Cara untuk menjadikan semua itu satu kenyataan, Shrek hendaklah mencium Fiona sebelum matahari terbit..

Nak tahu lenih lanjut..?
sila lah menonton movie ini di pawagam berhampiran anda..
ok..? =)

Lumrah kehidupan kan ..?
kita memamg tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada..
kita memang tak akan tahu betapa berharganya apa yang kita miliki..
Setelah kehilangannya barulah mata akan terbuka luas..
dan menyesali apa yang terjadi..
Kalau kita hidup dalam alam fantasi, adalah tak mustahil untuk kita mengubah apa yang terjadi..
tetapi,
dalam realiti kehidupan sebenar..
mampukah kita..?

Hargailah apa yang kita miliki sebelum kebahagian itu berlalu pergi =)


♥ 28 May 2010 - Bila Rindu Ini Datang Menggamit ♥

Yeay! Cuti..
hehehe~

Plan tuk hari jumaat nan suci ini..
adalah untuk melawat 'taman' arwah wan+arwah adik saya..
agak lama saya tak menziarah mereka..

Pada jam 0900 saya+mak gerak dari rumah..
dan menuju ke west country,kajang untuk amek atuk saya..
setelah lengkap ahli lawatan, kami pon bergerak ke kubur..

Seperti lazimnya, kami bersihkan kubur..
kubur arwah wan saya agak banyak rumput² yang mula mengganas..
kubur adik saya rumput yang masih muda lagi.. =)
setelah itu, kami sedekahkan bacaan surah yasin..
dan sambung mengemas+membersihkan kubur lagi..
dalam jam 1045 kami bergerak pulang..
setelah puas hati dengan keadaan 'taman' mereka =)

Arwah wan pergi tinggalkan kami 14 januari 2008..
Beliau dimasukkan ke hospital kerana sakit perut..
tetapi, ditempatkan di Cardiac Care Unit (CCU) pada 13 januari 2008
pada 14 januari 2008 sepatutnya beliau menjalani operation..
tetapi, tidak berkesempatan..
Allah lebih sayangkan beliau..
dah 2 tahun pon berlalu..
dan saya membesar dibawah jagaan beliau..
pemergian beliau menjadi tamparan hebat buat saya..
rasa macam kehilangan arah..
rasa macam tiada tujuan hidup..
tetapi, syukur ke hadrat Ilahi..
dengan kehadiran 'teman' saya..
beliau menjadi kekuatan untuk saya teruskan hidup..




Sekali lagi, saya mendapat tamparan hebat dalam hidup..
Apabila satu² nya adik seibu sebapa saya..
pergi meninggalkan kami..
pada 11 november 2009..
accident depan hospital serdang..
meninggal di tempat kejadian..
berikutan dengan kemalangan itu
jalan puchong putrajaya mengalami kesesakan yg sangat teruk..
punca kematian adalah disebabkan kecederaan teruk pada kepala..


Sebenarnya..
hati ini masih susah tuk percaya..
sume ini adalah kenyataan..
bile terpandang nama di atas batu nisan nih..
macam baru tersedar dari tidur..
kenyataan bahawa mereka² yang disayangi telah pergi..
macam tak percaya yang saya akan nampak nama adik saya di atas batu nisan..

bagaimana sayangnya kami semua pada mereka..
ternyata Yang Maha Esa lebih menyayangi mereka..

Al-Fatihah..
Buat Patimah binti Bador dan Ahmad Farhan Mumtaz Ahmad
Semoga roh mereka di cucuri rahmat..
Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang² yang beriman..
Semoga dipermudahkan azab siksaan kubur bagi mereka~
Amin
























































Thursday, May 27, 2010

♥26 May Part 2 - Peragut ♥

Gambar ini tiada kaitan dengan post dibawah ye kawan²

Lepas saya pulang dari tahlil DarL..
saya dapat 1 lagi berita kurang menggembirakan..
makcik saya kena ragut masa tengah nak bukak padlock..
masa kejadian, saya tak de kat rumah..
kawasan perumahan tu sangat terang..
depan rumah kami ada lampu jalan..
tapi, da tertulis kan..?

peragut tuh dua orang..
menurut kata makcik saya, muda lagi kedua²nya..
dan orang melayu kita
(haiissshhh~ kenapa lah)
makcik saya cuba menjerit..
mereka jadi panic..
dan mereka mengacukan PARANG ke arah makcik saya..
makcik saya lepaskan handbag+beg kerja beliau..
syukur alhamdulillah..
makcik saya selamat..
cuma beliau masih trauma~

antara barang² yang hilang
  • handphone ( 4 pcs )
  • cash ( RM 300 ++ )
  • atm card
  • ada lg 1, tp saya lupe..hehehe~
report dah buat..
motor tuh punya plet number pon da ade..
hopefully, siapa yang bersalah..
akan dapat ditangkap..

peace no war =)

♥26 May Part 1 - Kehilangan ♥

kejadian² yang berlaku dalam kehidupan sekeliling saya
pada tarikh 26 May 2010

seawal jam 0515 pagi, fon saya berdering..
selalunya saya akan off fon..
atau pon menggunakan profile = silent..
tp malam sebelum beradu..
tergerak hati tuk tak buat sume² tu..

ok².. berbalik pada intro td..
fon saya berdering..
seimbas pandang macam nama my dear fren..
yang saya panggil 'DarL'..
dan saya tahu..
beliau bukan la seorang yang suka mengganggu waktu tido orang lain..
so, i guess this must me so important to her..
sehinggakan beliau tak boleh menunggu sepasang mata milik saya ini celik dari lenanya.. ;)

berita yang beliau sampaikan..
amat la mengejutkan..
beliau telah kehilangan abang beliau..
buat selama² nya..
Al-Fatihah..Moga roh nya di cucuri rahmat Yang Maha Esa

i'm quite shock with the news..
sebab beliau macam tak pernah b'cerita tentang abang beliau sakit ke..
xsihat ke..
doc mengklasifikasikan sebagai sudden death..
seingat saya, 'DarL' ada m'beritahu injap jantung arwah dah tak berfungsi..
sorry if i'm wrong..
memori saya tidak boleh diguna pakai sangat =D

Life is short..
aite..?
hari ini kita sihat..
tak semestinya kita akan hidup tuk esok hari..
kadang² sume itu hanya la penyebab..
bila Yang Maha Agung berkata 'kun faya kun'
maka jadi lah ia..

'Darl, kuatkn semangat..tabahkan hati..'

memang susah tuk diterima..
tp, ini lah yang saya sematkan dalam fikiran setiap kali rindu datang menggamit~





Wednesday, May 26, 2010

♥ Go Go Genting ♥

Ini adalah first entry saya tuk belog ni..
before this saya memang dah ade belog..
tp macam tak menarik je..
url die macam terlalu complicated..

Sebab nye, saya ade terbaca belog yang baik, url nye kna la senang tuk di ingati..
maka, terhasil lah belog ini..
senang tak nak ingat url nih..?
hehehe~

Entry perasmian ini adalah berkenaan dengan vacation saya ke genting baru² ini.. (cam sangat skema ayat ini)
hahaha~

First World Hotel ada buat promotion sempena dengan 45th anniversary mereka..
so, dapat la bilik dengan rate yang sangat murah..
mahu kan link ke..?
sila klik disini
saya booking bilik dari bulan Mac '10 ye kawan²..
hehe~

Maka, pada 23 May '10 kami pon bertolak ke genting..
Pada 0900 kami bertolak dari kajang menuju ke genting..
Perjalanan yang sepatonya dekat dirasakan terlalu jauh apabila perasaan teruja menguasai diri..
(macam tak pernah pergi genting kan saya ni..? ;) )
Akhirnya pada 1020 kami pon sampai ke puncak genting..

setelah kereta selamat diparkir, kami menuju ke pintu masuk theme park..
plan pada asalnya, teman saya yang sorang ini kena menemani saya tuk main sume² yang ade dalam theme park tu..
tu adalah perjanjian yang dibuat sebelum kami bertolak ke genting..
perjanjian ini wujud sebab teman saya ini telah membuat salah dan hukuman yang saya kenakan adalah beliau perlu menemankan saya (sedangkan saya tahu beliau sangat tak bole main benda² alah tersebut)

tetapi, setibanya di depan pintu masuk..
sekali lagi saya meminta kepastian dari teman saya..
dan secara tak diduga, timbul rasa simpati..
sebab saya tak nak kehilangan teman saya hanya disebabkan saya memaksa beliau..
ayat yang selalu beliau sebut bila saya tanya kenapa tak nak main benda² alah tu..
'jantung nak pakai lama'
so, saya tak nak la jadi punca jantung teman saya ni tak boleh nak pakai lama..
baik tak saya..?
hahahaha~

maka, tak jadi lah saya nak bercanda di theme park..
kami pon masuk ke indoor theme park..
dan menuju ke KFC..
sudah 1200++ dan kami tak breakfast pon..
tangan da menggigil² di sebabkan kelaparan..
(padahal lemak banyak ni)
setelah selamat menjamu selera..
kami pon berjalan² mencuci mata dalam indoor theme park..

plan yang seterusnya nak masuk ke snow world..
pon terpaksa dibatalkan..
atas sebab² yang saya sendiri tak paham kenapa saya amek keputusan begitu..
dan sekarang macam menyesal..
takpe², akan datang saya akan menakhluk genting sekali lagi..
hahahaha~

selepas plan masuk ke snow world xjd, kami pon menuju ke skyway..
cabel car, here we come..
hahaha~
Q tuk tunggu turn cabel car, tak panjang..
so, sekejap je dah kami dah berada di dalam gondola bernombor 14..
saya memutuskan untuk duduk bahagian yang mengadap ke depan..
teman saya mula membebelkan diri..
sebab beliau gayat dan takot..
ahahaha~
dan saya pon turut takot sebab saya pon gayat seperti beliau..
tapi nak jugak rasa..
hahaha~

setelah berada di awang²an sejauh 3.4KM, kami pon tiba..
misi seterusnya..
nak cari Strawberry Park..
puas da pusing² tp tak jumpa pon any sign dimanakah terletaknya Strawberry Park tersebut..
nak tanya polis bantuan..
tp tempatnya kosong..
so,merayau² lagi..
bila kaki da penat, kami pon macam putus asa..
dan mengambil keputusan tuk naik semula ke puncak..
tp, Q tuk naik cabel car tersangat la panjang..
kami try tanya salah seorang pekerja di situ..
dan beliau berjaya memberikan direction bagaimana hendak ke Strawberry Park..

kami menaiki shuttle bus yang disediakan untuk ke sana..
(before this memang tak pernah taw pon kewujudan shuttle bus ini)
tak jauh tetapi jika berjalan kaki, mengah jugak la..

setibanya disana, pusing² la..
tak lama sebab jam sudah menunjukkan 1430 dan kami perlu check-in pada 1500..
kami menaiki cabel car..
Q agak panjang..
tp tak sepanjang tadi..
pada 1500 kami sampai ke puncak..
dan menuju ke kaunter tuk check-in..
macam bank ye dia punye waiting list..
current number = 513..
and our number = 638
goshhhh~
tunggu je lah..

jam 1600 kami selesai check-in dan dapat bilik kami..
kami penat..
sesampai je dibilik..
kami pon merehatkan diri tanpa banyak bicara..
petangnya, kami turun makan lagi..
Marrybrown jadi pilihan..
saya makan bubur ayam..
sedap.. =)

setelah makan, kami pusing² lagi..
setelah penat..
pulang ke sarang ye..
ahahaha~
apabila kepenatan+kekenyangan bergabung..
maka katil la jawapan kepada nya..
hehe~
kami terlena..
dan tersedar ketika jam 2015..
bersiram dan bsersiap apa yang patot..
kami turun ke bawah tuk dinner..
yup~
kami hanya makan dan berehat..
bercuti tuk merehatkan badan..
sangat nyaman rasanya..
hahaha~
menu dinner kami McD =)

tapau dan makan di taman bunga yang berdekatan..
romantik x..?
ehehehe~
posing sakan..
dan akhirnya pulang semula ke sarang..
ingin melelapkan mata..
sambil menunggu breakfast keesokan paginya di hotel..

24 May '10 @ 0640 saya telah membangunkan diri..
memandikan diri..
dan bersiap untuk sarapan..
yeay!
tetapi..
agak mendukacitakan menu² nye..
tp saya tetap sarapan..
hahaha~

pulang ke sarang..
saya merehatkan diri sekali lagi..
sehingga la terjaga pada 1115..
bersiap sekali lagi..
berkemas ape yang patot..
dan menyiapkan diri tuk check-out..

cepat sungguh masa berlalu..
dah nak balik pon..
sangat tak besh perasaan ini..
bila menyedari cuti ini dah tiba ke penghujungnya..

selesai check-out pada 1145 dan menuju ke kereta tuk perjalanan pulang..

entry yang sangat panjang..
dan memboringkan..
sebab tanpa gambar..
gambar pada teman saya..
insyAllah akan di upload pada masa akan datang..

sehingga itu, sekian tuk kali ini..
jaga diri ye kawan²..



Related Posts with Thumbnails