Try nak cari poster die tapi tak jumpe..
Saya letak trailer je la..
Maaf pada sesiapa yang terkejut =)
*saya offkan volume speaker saya*
Cerita ni mengisahkan pasal muzir(zul handyblack) yang teraniaya oleh kawannya hasbi(hasnol rahmat)..
hasbi memerangkap muzir dengan penggunaan ilmu hitam untuk kepentingan dirinya sendiri..
akibat dari perbuatan hasbi, muzir dipenjarakan untuk tempoh yang agak lama..
Isteri muzir, ani @ rindiani (ana dahlia) dipaksa oleh emaknya untuk menuntut cerai dari muzir..
dan ani kemudian dinikahkan dengan hasbi..
semasa dalam penjara, muzir menuntut ilmu hitam demi untuk membalas dendam kepada hasbi..
diselitkan juga beberapa peristiwa lain yang agak seram..
seperti scene menggali kubur, hantu yang mengawal rumah hasbi, etc
Pendapat saya pasal filem ni?
hm, unik tapi tak cukup mengancam..
babak² yang ada dalam movie ni menakutkan..
tapi tak cukup lagi untuk membuatkan saya tak tidur malam
owh, saya bukan berlagak berani..
tapi ini adalah pendapat saya sahaja =)
bagi saya, Jangan Pandang Belakang lebih memberikan kesan pada kehidupan saya..
sebab saya terbayang² hantu dalam filem tu setiap malam dalam bilik saya..
hantu dalam filem mantra menakutkan, tapi hanya setakat dalam filem sahaja~
keluar dari panggung, semua pon hilang.
dari 5*, saya bagi 3*..
No comments:
Post a Comment