Friday, July 23, 2010

Giveaway Raya Sakan





Wah, macam tak percaya je saya nak join benda ni..
tapi nampak macam menarik..
tak salah mencuba nasib kan ..?
mana tau kalau ada rezeki raya ke..
hehe~


Syarat² nya: 

  1. Jadi follower:
    • Done 
  2. Tampal banner dr web cikbibah atas di side bar anda link ke blog cikbibah:
    • Done
  3. Post entry bagi 1 sebab kenapa anda suka pakai shawl/selendang :
    • Saya suka pakai selendang sebab saya tidak ingin ketinggalan dalam mengikuti perkembangan fesyen bertudung yang semakin banyak pilihan untuk bergaya =)
    • Saya juga keyakinan saya makin bertambah bila saya pakai shawl sebab sebelum ni saya tak suka untuk menampakkan kebulatan muka saya, tapi sekarang saya tak kisah sebaliknya berbangga akan kebulatan muka saya tambahan lagi bila memakai shawl..
  4. 4. Letak paling min 1 gambar anda berselendang suka hati nak pose camne pon:
    • Done (p/s:saya nak letak banyak² boleh tak..? ;p )






5. Tinggalkan jejak url anda di comment cikbibah akan check: 
  • Done 
So, wish me luck..?
=)

Thursday, July 22, 2010

Mantra

Saya tengok movie ni malam tadi..
Try nak cari poster die tapi tak jumpe..
Saya letak trailer je la..
Maaf pada sesiapa yang terkejut =)


*saya offkan volume speaker saya* 


Cerita ni mengisahkan pasal muzir(zul handyblack) yang teraniaya oleh kawannya hasbi(hasnol rahmat)..
hasbi memerangkap muzir dengan penggunaan ilmu hitam untuk kepentingan dirinya sendiri..
akibat dari perbuatan hasbi, muzir dipenjarakan untuk tempoh yang agak lama..
Isteri muzir, ani @ rindiani (ana dahlia) dipaksa oleh emaknya untuk menuntut cerai dari muzir..
dan ani kemudian dinikahkan dengan hasbi..
semasa dalam penjara, muzir menuntut ilmu hitam demi untuk membalas dendam kepada hasbi..


diselitkan juga beberapa peristiwa lain yang agak seram..
seperti scene menggali kubur, hantu yang mengawal rumah hasbi, etc



Pendapat saya pasal filem ni?
hm, unik tapi tak cukup mengancam..
babak² yang ada dalam movie ni menakutkan..
tapi tak cukup lagi untuk membuatkan saya tak tidur malam

owh, saya bukan berlagak berani..
tapi ini adalah pendapat saya sahaja =)

bagi saya, Jangan Pandang Belakang lebih memberikan kesan pada kehidupan saya..
sebab saya terbayang² hantu dalam filem tu setiap malam dalam bilik saya..
hantu dalam filem mantra menakutkan, tapi hanya setakat dalam filem sahaja~
keluar dari panggung, semua pon hilang. 

dari 5*, saya bagi 3*..



Wednesday, July 21, 2010

Mari Makan Steamboat

Mari makan steamboat~
yeay!

hehe~
rasa²nya la kan, ramai yang dah tahu pasal Flaming Steamboat kan..?
ni baru 2nd time saya makan kat sini..
kali ni berdua sahaja~
so, makanan agak tak banyak yang boleh dimakan..
perut dah penuh..

Flaming steamboat ni ada branch baru ..
dekat danau kota, setapak..
diorang ada bagi flyers kat saya..
tapi, tak tau mana saya letak..
haha~

banyak pilihan makanan kat sini..
dan sangat berbaloi dengan apa yang kita bayar..
yuk, ke flaming steamboat =)

Friday, July 16, 2010

Syukur, Alhamdulillah~

Ya Allah, 
syukur ke hadrat mu ya allah..
kerana membuka pintu rezeki ini pada hamba mu ini~

Idea Oh Idea


Saya nak update belog..
tapi saya takde idea..
saya tak nak la jadi macam yang kat sebelah ni..
saya tak suke~

idea oh idea..
ke mana kah dikau..?
kemari la dikau wahai idea..
yang bernas..
yang padat..
yang best² saje..

*macam la belog nih best sebelum nih*
haha~

macam ni kira update ke..?
*wink²*

Wednesday, July 14, 2010

Suka Ria Di Hujung Minggu

Last week, saya balik senawang..
rumah abah saya..
selalunya saya balik hari jumaat..
tapi, minggu lepas saya balik hari sabtu..
sebab sabtu pagi saya ada interview..


interview selesai sgak lewat..
saya sampai kerumah dalam jam 1400..
dah lama saya tak naik komuter+star lrt+bas..
sangat penat..


gerak ke senawang dalam pukul 1600++ kot..
tak ingat dah..
plan asal memang nak bawa adik² saya pergi bersuka ria..
cuma tak tau nak bawa ke mana..
bowling ke tengok wayang..?
masa agak suntuk sebenarnya..
sebab kami gerak dari rumah da pukul 1830..


kami menuju jusco ke seremban 2..
besar tempat dia..
*kagum seketika*
haha~


Saya decide nak belanja diorang main bowling..
mula² nini tak nak main..
malu+takut katanya..
tp saya cakap, 'kalau nak harap abah bawa, memang tak de la..'
nini macam berfikir sekejap..
tapi lama sangat fikirnya..
pastuh aku cakap, 'takpe la,along main dengan wani dulu..kang kalo dah tuka fikiran,cakap la'
aku main adalah 5 frame kot..
yang lain nini yang main..
tambah game lagi tau..
dan boleh tahan terer gak la untuk yang main first time..
*bravo bravo adik² ku*
haha~


setelah habis bersukan, kitorg nak main game pulak..
selesai dah main game dan menambahkan kekayaan amusement park tersebut,
kami pergi karaoke pulak..
ambil la 10 lagu, konon² nya nak bahagi sama adil antara 4 orang..
tapi sangat hampeh ye..
sebab nini+wani je yang bolot microphone~
sabar je la..
takpe², lain kali kite sewa bilik per hour pulak ye adik²..?
haha~


malam tu, tengok WC..
go german, go german..
menang gak..
dah subuh baru nak tidur..
kul 1000++ bangun dah..
tapi wani+nini tak bangun² lagi..
penat la gamaknya tu..
haha~


petang bawak diorang pegi pasar malam pulak..
*berjalan je kejenya*
tak pe la, sesekali je..
malamnya kami gerak pulang ke kajang..
nak tidur awal konon nya sebab nak tengok final WC..
tapi, saya tak sedar pon..
Tv yang temgok saya..
tak kisah la sebab german takde..


P/S: entry kali ni takde pic..sebab lupe nak snap..



I'm Your Woman


Untuk sesorang yang sangat bermakna dalam hidup saya..

Seseorang yang banyak mengorbankan masa demi saya..
Seseorang yang banyak memberi sokongan dikala saya memerlukan..
Seseorang yang memimpin saya di kala saya jatuh..
Seseorang yang tetap tersenyum dengan setiap ragam saya..
Seseorang yang sanggup susah bersama saya..
Seseorang yang sangat² berharga buat saya..

Terima kasih kerana masih bersama saya..
Terima kasih kerana memberi peluang pada saya untuk dicintai dan mencintai..
Terima kasih kerana terus bersabar dengan diri ini..

Sayang..
Awak adalah perkara paling indah dalam hidup saya..
Saya tak pernah jadi kakak yang baik..
Saya tak pernah jadi anak yang baik..
Tapi, awak buat saya sedar..
Tanpa awak, siapa lah saya..

Tiada perkataan yang mampu saya ucapkan..
Untuk menyatakan betapa saya terlalu menghargai awak..
Betapa saya terlalu menyayangi awak..

I am your woman..
Your only one..

Monday, July 12, 2010

Ladies Koc ~


Isu ni macam dah basi kan..?
Tapi, saya beru je berpeluang naik koc ni minggu lepas..
Saya naik dari stesen Kajang..
Dah tentu nama pon 'Ladies Koc'..
kenapa masih ada GUY a.k.a LELAKI yang seolah² tak reti membaca..?


Eh, sekejap..
sebelum orang salah anggap..
saya bukan lah anti lelaki..
saya boleh terima kalau koc lain penuh dan anda tidak punya pilihan untuk naik ladies koc..
tapi, kalau la dari awal² lagi memang dah naik koc ni, apakah alasan yang munasabah perlu saya reka untuk menyedapkan hati saya tentang orang itu..?


Dah naik tu, tak boleh nak buat apa lah kan..?
tapi, mata tu macam nak terkeluar tengok penumpang² lain..
dari atas ke bawah ditenungnya..
macam nak check baju+seluar perempuan tu jenama apa je..


PERLU KE..?


tak kan lah sampai nak kena letakkan sorang staf KTMB disetiap pintu masuk supaya takde lelaki yang naik koc ni..?
tak perlu la kan rasanya..?
Konsep koc ni adalah untuk asingkan lelaki dan perempuan..
kepada lelaki² kat luar sana, tolong lah hormati peraturan ni..







Saturday, July 3, 2010

Kunci & Lea

Have u been in this kind of situation..?;

Just arrived @ home and realized that u did not have the house keys..?

*sigh* 

Kena patah balik..
Not a good start for today..
aihhhhhh~

Friday, July 2, 2010

Kesempurnaan Iman

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuhu. Bismillah Hirrahmaan Nirrahiim. 


Ya Allah, berkatilah kami semua. Ya Allah, Ampunilah segala dosa kami dan mereka yang membaca belog ini, peliharalah kami dan mereka sebagaimana engkau memelihara kekasihMu, junjungan kami Baginda Muhammad s.a.w. 



Buat renungan bersama............ 99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN 


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 

02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 

03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ; 

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 

08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 

09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ; 

10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ; 

11. Jangan tamak kepada harta; 

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan; 

13. Jangan hancur karena kezaliman ; 

14. Jangan goyah karena fitnah; 

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 

17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 

18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 

19. Jangan sakiti anak yatim; 

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu ; 

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid; 

25. Biasakan shalat malam; 

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 

28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 

30. Jangan marah berlebih-lebihan; 

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan ; 

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah; 

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ; 

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 

36. Jangan percaya ramalan manusia; 

37. Jangan terlampau takut miskin ; 

38. Hormatilah setiap orang; 

39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 

41. Berlakulah adil dalam segala urusan ; 

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 

45. Perbanyakkan silaturrahim; 

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 

47. Bicaralah secukupnya; 

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin; 

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 

54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi ; 

56. Cintai keluarga Nabi saw; 

57. Jangan terlalu banyak hutang ; 

58. Jangan terlampau mudah berjanji; 

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna; 

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya; 

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan . 

70. Jangan melukai hati orang lain; 

71. Jangan membiasakan berkata dusta; 

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 

76. Jangan membuka aib orang lain; 

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita ; 

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya; 

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang ; 

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita; 

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu; 

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan ; 

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan; 

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang. 

100. Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya. 
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday. 
Ameen
Related Posts with Thumbnails