Tuesday, October 23, 2012

None


Tired.im just tired.long way to go for weekend

posted from Bloggeroid

Sunday, October 21, 2012

Kerapu Tiga Rasa Simple


Tadaaaaa~ menu lunch hari ini. Saya ikot resipi di internet. Tapi ada bahan yang saya tak letak. Maka jadilah kerapu tiga rasa yg simple. Maklum lah,bujang katakan. Haha!

Bahan-bahan utk ikan
-ikan kerapu
-garam
-tepung jagung

Bahan-bahan utk kuah @ sos
-bawang putih (tumbuk)
-halia (tumbuk)
-cili api (tumbuk)
-tomato (potong dadu)
-bawang besar (potong dadu)
-cili kering (blend)
-sos tomato
-sos cili
-sos ikan
-sos tiram
-nenas (saya tak guna nenas pon)
-garam,gula,ajinomoto

Cara-cara nya
IKAN KERAPU
-lumurkan garam pada ikan,kemudian lumurkan tepung jagung
-panaskan minyak dan masukkan ikan *deep fry ikan kerapu sampai garing*

SOS TIGA RASA
-panaskan minyak
-tumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi
-masukkan cili blend,sos cili,sos tomato,sos tomato,sos tiram,sos ikan.
-masukkan tomato dan bawang besar
- tambah air *ikut tahap kepekatan yg dikehendaki*
-masukkan garam,gula,ajinomoto

Dah siap. Tuang kan atas ikan kerapu yg telah siap digoreng tadi
Selamat menjamu selera! (=

posted from Bloggeroid

Yeay!!

Yeay!! Gembiranya hati. Belog sudah boleh di update. InsyAllah akan rajin update *yeke?* :D

Sangat lama tak update. Sudah semestinya berhabuk. Banyak sangat nak share tapi pening tak tau nak cerita yg mana satu.

So,permulaan nya cerita pasal aktiviti sihat malam ini lah. Saya dan kawan2 telah berjaya membuat aktiviti mengeluarkan peluh dengan jayanya dgn bermain badminton.

Kami book court di Pro One Wangsa Maju. Rate sangat berpatutan. $20 per hour. Terletak dekat dengan NSK Wangsa Maju *belakang je*

Tapi no fon takde lah. Sebab kawan yang booking. Nanti akan di tempel balik,insyallah.



*Gambar tiada kena mengena dengan post ini*

P/s: saya sangat excited belog ini sudah boleh update \o/

posted from Bloggeroid

Testing

Try untuk mengupdate setelah sekian lama. Tapi sedih. Sebab blogger for android tidak boleh publish post. Keep on saying no network coverage. Beralih arah pada Bloggeroid. Mudah2an berjaya. Amin.

posted from Bloggeroid

Monday, March 28, 2011

Saya rindu wan saya =(

Sedih..
hanya itu saja perasaan saya sejak kebelakangan ini..

Mungkin kalau arwah wan saya masih ada nasib saya bukan  macam ni..
saya membesar dengan kasih sayang wan saya..
dia lah ayah, dia la ibu..
tidak salah kan kalau kasih sayang saya hanya lah tertumpah pada arwah?
bila dia pergi menyahut panggilan Illahi, terasa kosongnya dunia saya..
seolah-olah saya tak punya tujuan untuk hidup..

Saya ingat lagi, pada hari wan saya meninggal dunia..
disaat saya terasa kehilangan yang teramat sangat, halwa pendengaran saya disapa oleh satu ayat..
"Along kena fikir nak duduk mana lepas ni..along tak boleh nak duduk sini lagi dengan atuk & pak usu"
Ayat ini dikeluarkan oleh insan yang sepatutnya memberikan saya tempat perlindungan..
membuat kan saya tersedar dimana kedudukan saya didalam hidup pelontar ayat itu..
tapi, semua itu berjaya saya lalui..

Saya seperti keseorangan sekarang..
mungkin saya sukar untuk difahami..
mungkin saya bukan lah yang terbaik..
atau sememangnya kasih sayang itu bukan untuk saya..

Saya tidak pernah minta benda diluar kemampuan..
saya cuma minta untuk difahami..
Tolong lah, faham situasi saya..
itu sahaja..

tetapi disebabkan permintaan saya itu tak dapat dipenuhi, maka saya dipersalahkan..
saya dipandang serong..
Maaf, saya bukan yang terbaik..
Saya tak mampu untuk jadi yang terbaik..

Sekiranya ini adalah penyelesaian, maka saya tak akan sesekali berpatah kembali..
izinkan lah saya meneruskan kehidupan saya tanpa kamu..
kerana sememangnya saya tak akan berupaya untuk mengganti tempat dia dihati kamu..

Sekiranya dengan perbuatan saya ini, pertalian darah kita terputus..
maafkan saya..

Wan,along rindu sangat kat wan..
Along dah tak ada tempat nak bermanja..
Doa along sentiasa mengiringi wan..
semoga wan sentiasa dirahmati dan diberkati..

Sunday, November 28, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows


Saya nak pergi tengok petang ni..
kat Alamanda..
so, belum boleh nak letak review =)
hehehe~

Keliru

Nak update..
tapi, saya tiada idea..

Tak nak upadate,
tapi, belog ini sudah berhabuk..

Keliru..
Update ke tak nak..?














Kalau enrty macam ni boleh di kira sebagai update tak..?

Tuesday, September 28, 2010

♥ Tenkiu ♥

Kesibukan yang melanda telah menyebabkan saya tak dapat 
nak buat entry penghargaan pada yang sudi jd follower..

Thank you so much..
really appreciate it~

My 4th follower:


My 5th follower:
superbbesties 

My 6th follower:

My 7th follower:



My 8th follower: 

Tenkiu so much

Saya Gembira! Yeay!!


Gambar ini saya snap di tempat kerja..
Ada yang kata muka saya berseri2 dalam gambar ini..
Betulkah..?

Tapi, saya memang gembira..

I'm happy with my new job..
I'm happy to know my new colleagues..
And i'm happy with my life..
It's getting better everyday =)

P/S: Sayang, i ♥ you
Thank you for always being there for me


Saturday, September 25, 2010

Open House

Masa mula2 raya, macam tak ada sangat feel raya..
tapi, macam banyak pulak jemputan nya 
*macam orang penting je..hahaha*


Petang ni nak ke Puchong..
rumah sepupu abah..
lepas tu nak ke Putra Height..


Minggu depan ada open house kat rumah pakcik..
lepas tu nak ke seremban..
ish ish ish..
full dah weekend ku =)


Tapi, saya happy..
Raya tahun ni takde lah muram seperti yang saya jangkakan..















Related Posts with Thumbnails