Saturday, February 23, 2013

Finally...

Akhirnya, setelah penat mata memandang dan penat fikiran memilih, background ini yang menjadi pilihan saya. Nampak comel dimata saya macam owner belog haha!

Masa untuk memilih

Dah lama sangat rasanya background belog ini tidak ditukar. Jadi masa untuk memilih background baru. lama sangat tak tukar sampai kan tak tahu nak cari template kat mana

Tuesday, February 5, 2013

Tiada tajuk

Saya nak update tapi tak ada idea

Tapi saya rasa kemalasan yang melanda diri

posted from Bloggeroid

Sunday, January 20, 2013

Kek Coklat Moist

Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi saya cuba post entri utk resepi kek coklat ini.

Saya memang suka buat kek coklat. Kadang2 seminggu sampai 3 kali. Saya makan tak habis pon. Maka yg jadi mangsa,mereka2 di ofis. Nasibah habis. Kalau tak,ke tong sampah la jawabnya.

Saya dah cuba beberapa resepi. Ini yg paling menepati citarasa dan paling mudah. Tak perlu nak ada penimbang pon. Sukat ikut cawan je. Senang kan? *senang utk saya sebenarnya*

Ok, ini senarai bahan2 yg saya gunakan.

Bahan-bahan kek:
- 2 cawan tepung kek *
- 1 cawan serbuk koko *
- 1 1/2 gula
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 minyak jagung
- 1 1/2 cawan air panas
- 4 biji telur
- garam *
- esen vanila

Bahan-bahan topping
- Serbuk koko
- Susu pekat manis @ whipping cream
- Minyak jagung

- Bahan2 bertanda * ayak dan ketepikan.
- Pukul telur+gula sampai kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan minyak jagung
- Masukkan bahan2 yg telah di ayak tadi. Selang seli kan dengan air panas.
- Masukkan esen vanila

Panaskan oven 180°c dan bakar selama 45-60 minit. Guna api bawah. Masa bergantung pada saiz loyang yg anda gunakan. Loyang saya kecil je,jadi kek saya ambil masa sejam utk masak.

Adunan ini memang cair. Sebab itulah moist namanya. Resepi asal guna 2 cawan gula tp saya kurangkan. Takut manis sangat.

Untuk topping pula,masukkan semua bahan2 dalam periuk,gunakan api paling slow. Adjust ikot kemanisan sendiri. Selalunya saya buat topping lepas kek masak sebab nak bagi balance kemanisan kek dengan topping.

Selamat membakar kek!

Saya tension!

Saya menaip entry utk di update. Tp semasa publishing tak sudah2, sampai failed. Uwaaaaaaa! Penat tau saya taip.

Saturday, January 19, 2013

Selamat Datang



Seperti dah lewat untuk ucapkan Happy New Year. But better late than never. Kan? *alasan untuk diri sendiri*

Tahun baru tak dapat dipisahkan dengan soalan 'apa azam tahun baru?'. Bila diajukan soalan tu,rasa macam terpinga2 sejenak. Sebab macam dah terlalu lama saya takde azam baru. Eh,bukan lah bermakna saya ni tidak mempunyai azam langsung. Tapi tak semestinya masa awal tahun je. Kan?

Harapan saya utk 2013 ni,semoga perjalanan hidup saya akan dipermudahkan. Dari segi kehidupan peribadi mahu pon kerjaya. Sentiasa mahukan yg terbaik utk diri sendiri. Sebab kalau bukan saya yg usahakan utk diri sendiri,tak kan ada org lain yg nak tolong perbaiki kehidupan saya.

Several things happen to me in 2012. Saya jatuh dan saya cuba bangun kembali. I've learn from it. Cuba utk tidak terlalu percaya kepada org sekeliling. Cuba utk jadi selfish *pelik kan tapi saya perlu selfish apabila saya berada di persekitaran yg penuh dengan manusia jenis ini*

Saya bukan lah sebaik mana. Tp saya acapkali lalai dalam membuat judgement. Sehingga seringkali membiarkan pisang berbuah dua kali. InsyAllah,tak akan berulang.
Semoga 2013 akan menbawa perubahan yg positif utk kita semua.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 18, 2012

Hati ini

Saya tak minta batu permata. Saya hanya ingin difahami. Saya tidak perlu di beritahu bagaimana utk menjalani kehidupan saya ini. Saya dah lama hidup di atas kaki sendiri.

Janggal rasanya apabila setelah sekian lama berdikari,tiba2 perlu menerima buat itu,buat ini,pergi sana,pergi sini. Janggal. Dan terus terang,saya tidak suka akan kejanggalan ini.

Tak ada siapa yg inginkan hidup susah. Begitu juga saya. Tp andaikata susah adalah takdir saya,saya terima. Susah atau senang saya,biarlah saya yg menyusun atur langkah dunia saya.

Saya pohon,beri lah kembali ketenangan saya. Jangan di duga kesabaran saya. Kerana apabila kesabaran saya yg senipis kulit bawang ini di cabar,saya sendiri takut utk berdepan dengan akibatnya.

Biarkan saja saya sendiri seperti dahulu. Tolong.



posted from Bloggeroid

Tuesday, November 6, 2012

Gadis Ini

Gadis ini
Terlalu sukar utk di mengerti

Gadis ini
Mengapa tidak pernah di fahami

Gadis ini
Telah terlalu lama sendiri

Gadis ini
Biarlah terus begini

Gadis ini
Pernah tersungkur dan berdarah

Gadis ini
Telah bangun merawat luka

Andai kata ini takdir utk gadis ini,dia pasrah. Sesungguhnya gadis ini lebih bahagia berdiri di atas kaki sendiri.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 3, 2012

Tiada tajuk

Hai. Lama tak update. Its been a week. Lepas raya aidiladha,rutin harian kembali berjalan seperti biasa. Kerja,kerja dan kerja. Nak mintak cuti tapi entah kenapa tak terkeluar sayang cuti kot

Bila badan penat,cuaca pulak tak menentu,maka kesihatan pon terganggu. Saya demam. Alhamdulillah,sehari je demam. Cuma sampai sekarang masih sakit tekak+batuk.

Walaupun kesihatan tak mengizinkan,percutian dengan kawan2 tetap akan diteruskan. Sekarang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson. Will be update soon. Sehingga berjumpa lagi.

posted from Bloggeroid

Sunday, October 28, 2012

Eidul Adha


Salam Aidil Adha. Tahun ni raya korban sangat berlainan pada saya. Sebab saya beraya di Senawang bersama abah. Its been a while since the last time we celebrate eid together. Im happy. Eventhough there's nothing much we can do. Aktiviti pada hari itu adalah makan,makan,makan,watch tv,makan lagi. Haha! Sangat berfaedah kan? Dan sihat.

Tapi saya tak lama kat Senawang sebab saya ada agenda lain. The next day saya ke Pahang. Ikut rombongan Cik Kiah menghantar orang bertunang. Ye,saya lah orang penting majlis ok tipu

Berulang dari Ampang-Senawang-Ampang-Temerloh-Ampang membuatkan diri ini sangat lesu. Jadi ahad adalah hari utk berehat. Selamat berehat.



posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails