Sunday, October 21, 2012

Testing

Try untuk mengupdate setelah sekian lama. Tapi sedih. Sebab blogger for android tidak boleh publish post. Keep on saying no network coverage. Beralih arah pada Bloggeroid. Mudah2an berjaya. Amin.

posted from Bloggeroid

Monday, March 28, 2011

Saya rindu wan saya =(

Sedih..
hanya itu saja perasaan saya sejak kebelakangan ini..

Mungkin kalau arwah wan saya masih ada nasib saya bukan  macam ni..
saya membesar dengan kasih sayang wan saya..
dia lah ayah, dia la ibu..
tidak salah kan kalau kasih sayang saya hanya lah tertumpah pada arwah?
bila dia pergi menyahut panggilan Illahi, terasa kosongnya dunia saya..
seolah-olah saya tak punya tujuan untuk hidup..

Saya ingat lagi, pada hari wan saya meninggal dunia..
disaat saya terasa kehilangan yang teramat sangat, halwa pendengaran saya disapa oleh satu ayat..
"Along kena fikir nak duduk mana lepas ni..along tak boleh nak duduk sini lagi dengan atuk & pak usu"
Ayat ini dikeluarkan oleh insan yang sepatutnya memberikan saya tempat perlindungan..
membuat kan saya tersedar dimana kedudukan saya didalam hidup pelontar ayat itu..
tapi, semua itu berjaya saya lalui..

Saya seperti keseorangan sekarang..
mungkin saya sukar untuk difahami..
mungkin saya bukan lah yang terbaik..
atau sememangnya kasih sayang itu bukan untuk saya..

Saya tidak pernah minta benda diluar kemampuan..
saya cuma minta untuk difahami..
Tolong lah, faham situasi saya..
itu sahaja..

tetapi disebabkan permintaan saya itu tak dapat dipenuhi, maka saya dipersalahkan..
saya dipandang serong..
Maaf, saya bukan yang terbaik..
Saya tak mampu untuk jadi yang terbaik..

Sekiranya ini adalah penyelesaian, maka saya tak akan sesekali berpatah kembali..
izinkan lah saya meneruskan kehidupan saya tanpa kamu..
kerana sememangnya saya tak akan berupaya untuk mengganti tempat dia dihati kamu..

Sekiranya dengan perbuatan saya ini, pertalian darah kita terputus..
maafkan saya..

Wan,along rindu sangat kat wan..
Along dah tak ada tempat nak bermanja..
Doa along sentiasa mengiringi wan..
semoga wan sentiasa dirahmati dan diberkati..

Sunday, November 28, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows


Saya nak pergi tengok petang ni..
kat Alamanda..
so, belum boleh nak letak review =)
hehehe~

Keliru

Nak update..
tapi, saya tiada idea..

Tak nak upadate,
tapi, belog ini sudah berhabuk..

Keliru..
Update ke tak nak..?














Kalau enrty macam ni boleh di kira sebagai update tak..?

Tuesday, September 28, 2010

♥ Tenkiu ♥

Kesibukan yang melanda telah menyebabkan saya tak dapat 
nak buat entry penghargaan pada yang sudi jd follower..

Thank you so much..
really appreciate it~

My 4th follower:


My 5th follower:
superbbesties 

My 6th follower:

My 7th follower:



My 8th follower: 

Tenkiu so much

Saya Gembira! Yeay!!


Gambar ini saya snap di tempat kerja..
Ada yang kata muka saya berseri2 dalam gambar ini..
Betulkah..?

Tapi, saya memang gembira..

I'm happy with my new job..
I'm happy to know my new colleagues..
And i'm happy with my life..
It's getting better everyday =)

P/S: Sayang, i ♥ you
Thank you for always being there for me


Saturday, September 25, 2010

Open House

Masa mula2 raya, macam tak ada sangat feel raya..
tapi, macam banyak pulak jemputan nya 
*macam orang penting je..hahaha*


Petang ni nak ke Puchong..
rumah sepupu abah..
lepas tu nak ke Putra Height..


Minggu depan ada open house kat rumah pakcik..
lepas tu nak ke seremban..
ish ish ish..
full dah weekend ku =)


Tapi, saya happy..
Raya tahun ni takde lah muram seperti yang saya jangkakan..















Thursday, September 23, 2010

Saya sangat sayang dia


Saya sayang sangat dengan budak ni..
Dia sangat comel..
Dia sangat suka gelak..
Dan dia suka bila saya pkaikan shades nih kat dia..
=)

Tuesday, September 21, 2010

R.I.N.D.U

Rindu ini datang lagi..
Hati cuba menafikan pemergiannya..
Tapi kenyataan tidak akan berubah..

Anehnya Syawal tanpa kehadiranmu..
Janggalnya lebaran tanpa gurau sendamu..

Oh Hati,
Berhentilah menangis..

Oh Akal,
Kuatlah dikau..

Sumpah!
Aku rindu kamu..
Tak kan surut rindu ini..
Sampai bila-bila..

Al-Fatihah untuk Ahmad Farhan..
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

Saturday, September 4, 2010

Jom Berbuka Puasa =)


Kesibukkan yang melanda diri menyebabkan saya kurang aktif meng'update' belog kesayangan ini.
Baru-baru ni, saya pergi berbuka puasa di Big Apple Restaurant @ Berjaya Times Square.
Saya dapat voucher masa saya menghadiri seminar "Selamat Datang" [saya baru berkerja ditempat sekarang, so seminar untuk pengenalan organisasi =) ]

Bila sebut je nama Big Apple, mesti ramai yang ingat donut Big Apple kan ..?
Saya mula-mula pun macam tu gak..
Tapi, sangat2 lah lain dari donut..
Macam-macam menu yang ada..
(tapi tak dapat nak snap picture, terlalu sibuk pilih menu mana satu nak makan)
hahaha~

Antara menu yang ada:
  • Murtabak
  • Roti Jala
  • Ikan Bakar
  • Wantan Noodle
  • Air Batu Campur
  • Cencol
  • Sushi
  • Oyster, Crab, Prawn , etc
  • Lauk-pauk traditional - Udang Sweet Sour, Kurma Daging, Mix Vege, etc
  • Lemang,ketupat
  • Kuih-muih
  • Pengat
  • Kek
  • Roasted Chicken+Lamb
  • Air - Nescafe, Teh, Laici, Fruit Punch, Soya
  • Ice-Cream - Vanilla, Chocolate, Mint
Macam2 hidangan, sampaikan rambang mata nak makan yang mana satu..
Tapi, tak boleh nak makan banyak pon..
Kenyang air..
(teh diorg sedap.. hehe)


Nampak tak pinggan saya yang penuh itu..?
ikutkan nafsu lapar..
hahaha~
(jangan tiru macam saya ye kawan2)


Ini permandangan dari tempat saya duduk..
Cantik tak..?
nampak Penjara Pudu..
Tak banyak yang saya nak share..
Just a little update =)


Related Posts with Thumbnails