Sunday, November 18, 2012

Hati ini

Saya tak minta batu permata. Saya hanya ingin difahami. Saya tidak perlu di beritahu bagaimana utk menjalani kehidupan saya ini. Saya dah lama hidup di atas kaki sendiri.

Janggal rasanya apabila setelah sekian lama berdikari,tiba2 perlu menerima buat itu,buat ini,pergi sana,pergi sini. Janggal. Dan terus terang,saya tidak suka akan kejanggalan ini.

Tak ada siapa yg inginkan hidup susah. Begitu juga saya. Tp andaikata susah adalah takdir saya,saya terima. Susah atau senang saya,biarlah saya yg menyusun atur langkah dunia saya.

Saya pohon,beri lah kembali ketenangan saya. Jangan di duga kesabaran saya. Kerana apabila kesabaran saya yg senipis kulit bawang ini di cabar,saya sendiri takut utk berdepan dengan akibatnya.

Biarkan saja saya sendiri seperti dahulu. Tolong.



posted from Bloggeroid

Tuesday, November 6, 2012

Gadis Ini

Gadis ini
Terlalu sukar utk di mengerti

Gadis ini
Mengapa tidak pernah di fahami

Gadis ini
Telah terlalu lama sendiri

Gadis ini
Biarlah terus begini

Gadis ini
Pernah tersungkur dan berdarah

Gadis ini
Telah bangun merawat luka

Andai kata ini takdir utk gadis ini,dia pasrah. Sesungguhnya gadis ini lebih bahagia berdiri di atas kaki sendiri.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 3, 2012

Tiada tajuk

Hai. Lama tak update. Its been a week. Lepas raya aidiladha,rutin harian kembali berjalan seperti biasa. Kerja,kerja dan kerja. Nak mintak cuti tapi entah kenapa tak terkeluar sayang cuti kot

Bila badan penat,cuaca pulak tak menentu,maka kesihatan pon terganggu. Saya demam. Alhamdulillah,sehari je demam. Cuma sampai sekarang masih sakit tekak+batuk.

Walaupun kesihatan tak mengizinkan,percutian dengan kawan2 tetap akan diteruskan. Sekarang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson. Will be update soon. Sehingga berjumpa lagi.

posted from Bloggeroid

Related Posts with Thumbnails