Wednesday, June 30, 2010

♥ Tenkiu ~ ♥


Yeay! Yeay!
2nd follower~
Thank U Hani

Belog ni masih baru..
Masih bertatih..
Thanx again~ 

Tuesday, June 29, 2010

Taman Wetland


Hari sabtu saya pegi Taman Botani (sememangnya dirancang)
dan pada hari ahad, saya ke Taman Wetland (tanpa dirancang)
Saya tak tau pon yang taman wetland pon ada basikal sewa..
YeaY! sangat suka..
Tapi, kami sampai dah jam 1715 lebih kurang..
semua basikal dah habis disewa..
kami pon pusing² je la kat situ..
Ada pelantar@menara pemandangan..
Tingggggiiiiiiii ~

Saya adalah jenis yang tergolong dalam acrophobia~
Apakah itu acrophobia..?

Acrophobia (ac.ro.pho.bi.a) - an extreme or irrational fear of height
credit to
Pelantar@menara tu ada 3 peringkat..
saya berjaya memberanikan diri untuk naik sampai tahap ke-2 je..
tu pon masa nak turun, kaki da gigil².. haha~
Tangga nak turun tu boleh nampak ke bawah..
so, saya rasa macam sangat² takut kalau tangga tu patah~
hahaha~

Tinggi tak..?
teringin sangat nak naik sampai yang paling atas..
tapi, tak berani..
tangga kayu tempat tu macam mengeluarkan bunyi² kriuk³ bila pijak atas dia..
lagi la menambahkan ketakutan saya..
hehe~

Inilah permandangan dari atas pelantar@menara pemandangan tu..

sesudah berjaya menjejakkan kaki ke tanah, kami jalan² kat taman..
Saya terjumpa pokok ni..
lama sangat tak nampak pokok ni..
Pokok kedondong~
Dulu masa kat rumah lama parents saya, ada tanam pokok ni depan rumah..
tiap² hari masa nak pegi sekolah, mesti saya petik buah ni dan makan sambil nak sampai ke tempat saya tunggu bas..
daun pokok ni pon saya makan..
hahaha~
sedap tau

da penat jalan², kami pegi balik ke kaunter sewa basikal..
nak jugak sewa basikal!!
hehe~
kami tunggu dalam 10 minit..
dapat dah basikal..
apa lagi, jom kayuh basikal laju²..
ehehe~

Kalau kat taman botani, jam 1700 tak boleh dah sewa basikal..
tapi kat Taman Wetland boleh..
Masa kami nak balik pon masih ada orang yang baru sewa basikal..
saya pon kurang pasti jam berapa kaunter sewa basikal tu tutup..

So, weekend saya kali ni adalah hujung minggu berbasikal..
nak pergi lagi nanti..
yuk semua..?
=)





Monday, June 28, 2010

♥ Taman Botani ♥

Minggu lepas, masa saya belogwalking
terjumpa satu belog ni (maaf, saya lupa pe url nye)
owner belog ni kata dia pegi Taman Botani..
hajat asalnya nak berbasikal tapi kaunter tutup jam 1700
Saya pon bertanya la pada Mr.Gugel =)
Yeay! memang ada basikal sewa di Taman Botani
(maaflah, saya memang tak tau pun pasal aktiviti ini, so saya agak excited)
Maka saya+teman saya pegi la berbasikal di Taman Botani

Masa tu, jam 1700 panas macam baru jam 1300..
Sangat panas..
tapi, saya sangat teruja nak naik basikal..
Redah je ;)
Usai urusan menyewa, kami pun menuju ke tempat basikal nak pilih basikal..
dah dapat yang berkenan, kami pon pusing² ambil angin kat Taman Botani
Yang tak bestnya, baru je nak meng'happy'kan diri, basikal yang teman saya naik mengeluarkan bunyi pelik..
rantai tertanggal pulak..
mood masih ok, so teman saya betulkan rantai basikal tuh..
dengan tangan hitam penuh minyak, journey kami teruskan..
tp malang tak berbau kan..?
lagi sekali basikal tu mengeluarkan bunyi pelik
dan kali ni dah tak boleh nak bergerak pon basikal tuh..
kami try nak betulkan..
tapi tak berjaya..
kesudahannya, menolak la basikal tu ke tempat pemulangannya..
adalah setengah jam kami berbasikal..

dari tempat basikal tu rosak, kami jalan kaki ke tempat nak pulangkan basikal agak jauh..
sampai je dah cukup sejam..
dah kena pulangkan basikal..
ish, tak berjalan lancar seperti yang dirancang~

Tapi takpe lah..
sekurang² nya gian saya nak berbasikal kurang la sikit =)
Saya share gambar yang sempat saya snap masa kata Taman Botani, Putrajaya



Taman tu tutup jam 1800..
so, kami tak sempat nak menjelajah habis taman ni..
sebab tu gambar ni hanya dari entrance =)

View dari atas

Dari tempat ambil basikal nak menuju ke taman~
Sesi berbasikal bermula.. Yeay!

Sangat berbukit taman ni..
Masa turun seronok la.. Laju~
masa nak naik semula, gigil lutut (lutut saya je la, sebab saya jarang bersukan@bersenam)

Antara permandangan² indah yang saya suka ~

Saya bawa basikal saya naik kat atas titi tu, tapi agak menakutkan..
macam nak roboh je bunyinya..
hahaha~

Di sebalik pokok² tu ada orang dating..
Sambil snap picture..
Kat belakang tu ada seafood restaurant

Gambar yang saya snap masa awal² sesi berbasikal~
Sangat cantik (bagi saya)

Gambar yang saya snap sebab sangat teruja bila saya sangat² hampir dengan air tasik putrajaya ni..
Selalunya tengok dari atas jambatan je..
haha~

Saya tak tau nama jambatan tu (maafkan saya eh..?)


Monday, June 21, 2010

♥ Ingatan Pada Yang Telah Pergi ♥

Baca tajuk pon macam dah boleh tahu yang entry kali ni adalah emo entry..
hehe~

Semalam (20 Jun 2010), kawan² arwah an datang menziarah taman..
Awalannya berjanji nak datang pagi..
tapi, disebabkan beberapa hal..
tak dapat la nak datang pagi..
tengahari baru sampai..

Yang kurang best, kami (saya+mak+cousins) dah ada kat sana seawal jam 1000..
agak tidak berpuas hati la juga..
tapi, sekurang²nya mereka datang menziarah taman arwah..
diorang datang dalam 9 orang..
selesai sedekahkan yasin, kami berkemas pulang..
Menuju ke rumah nenek saya..
ada makan² sikit tuk diorang..

Semasa kat taman, kami membersihkan apa yang patot~
Bergenang juga kolam airmata ni bila memikirkan pada arwah an+wan..
Ramadhan+Syawal tanpa arwah wan sudah cukup menyedihkan..
macam mana lah agaknya Ramadhan+syawal tahun ni tanpa arwah an+wan..?
Macam tak nak raya je..

Raya yang lepas, saya+arwah an beraya sama²..
sampai ke rumah mertua manja (my cousin) kami sampai..
Awalannya, saya tak nak ikut sama..
sebabnya saya datang suka² je ke rumah family manja..
boring sangat kat rumah..
sampai saya dirumah mereka, mereka nak keluar beraya..
mereka suruh ikut..
tapi saya tak nak sebab saya hanya berseluar jeans+shirt..
mood raya =OFF..

yang membuatkan saya follow sama..
sebab arwah an ajak saya join diorang..
dan yang lagi peliknya, arwah turut ajak lan(adik manja) ikut sama..
maka berhimpit² la mereka dalam kancil..
masa tiba kat rumah mertua manja, arwah sangat rancak berborak dengan bapa mertua manja..
sedangkan kami (saya+cousins) berborak sesama sendiri..
pelik memang pelik..
tapi tak sangka tuh adalah petanda..

masa dalam kereta..
on the way ke rumah mertua manja, berlaku la dialog sebegini (lenih kurang la) :

Manja: Yeoy, kau perasan tak adik kau lain macam je sejak kebelakangan ni?
Saya : Ye ke? Entah la, ye kot.. Selalunya takde lah rajin nak mengikut orang berjalan raya.. Lain pula tahun ni..Siap ajak aku sama pula..
Manja: tu lah, dia ajak lan sama tadi..lan taknak ikut, tapi dia ajak gak..
Saya: saja lah agaknya tuh, nak meramaikan keadaan~

Memang masa tu saya tak terfikir apa² pon..
cuma saya tahu, raya kali ni memamg dia lain sangat..

Masa saya ikut mak saya beraya kerumah kawan² lama mak saya..
sampai kat satu rumah ni, (kawan mak saya juga adalah kawan abah saya)..
Arwah leka sangat berborak dengan kawan abah saya ni..
abah+kawan dia dah lama lost contact..
sempatlah arwah bagi contact number abah saya pada pakcik tu..

Banyak lagi benda jadi, tapi saya tak berupaya nak postkan semua..
makin melimpah² air dalam kolam airmata saya ni nanti..

Sumpah, saya rindukan kedua² mereka..
Airmata ini tidak akan pernah berhenti tika kenangan bersama mereka berlegar² difikiran~
Mereka adalah kehidupan saya..
tanpa mereka, saya tiada kehidupan lagi..

Ya Allah..
Kau ampuni lah segala dosa² mereka..
kau cucuri lah rahmatmu terhadap mereka..
Dan tempatkan lah mereka dikalangan orang² yang beriman~


Ya Allah..
kau berikanlah aku kekuatan..
dalam menempuhi hidup ini..
Aku perlu kuat demi untuk orang lain yang memerlukan aku menjadi kuat untuk mereka~



♥ Tenkiu ~ ♥

Sangat eppy~
The 1st follower..
hehe~
belog baru setahun jagung~
eh, setahun ke..?
berbulan jagung..?
macam tak sesuai je..
haha~

neway~
thanx ye cha a.k.a kakak sebab follow saya..

sebenarnya saya macam takde mood nak update belog ni..
tapi disebabkan ada yang sudi nak follow, akan saya cuba sedaya upaya untuk update okie..?


Thursday, June 17, 2010

♥ Etika Si Pejalan Kaki ♥

Saya macam tertanya²..
Rakyat Malaysia ni memang terkenal dengan budi bahasa..
Tapi, perlu ke melintas jalan pon dengan penuh sopan santun..?
Sedangkan masing² dah cukup dewasa untuk paham
yang jalanraya adalah laluan kenderaan bermotor..
yang sememangnya bergerak laju
*even 20km/j stil laju kan kalau nak compare dengan kelajuan si pejalan kaki yang sopan santun?*

Tak kan pula insan² yang berada didalm kenderaan bermotor ini perlu memperlahankan kenderaan semata² ingin memberi laluan kepada insan² yang sopan santun tadi..?

Pada sesetengah orang, mungkin ini hanya perkara remeh~
tapi, jikalau benda yang remeh ini dibiarkan, lama kelamaan mesti akan jadi tak remeh..
kan..?

Pesanan untuk pejalan² kaki di malaysia ni..
  • Pandang kiri, kanan dan kiri semlua sebelum melintas.
  • Setelah memastikan tiada kenderaan, bolehlah melintas..
  • Kalau ada kenderaan, tunggulah sampai jalan clear baru lintas..
  • Dan sekiranya semasa anda berada ditengah jalan dan ada kenderaan menuju ke arah ada, TOLONG lah lajukan langkah anda.. tak semua pemandu di malaysia ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan ..?

♥ Happy Birthday My Dear Friend~ ♥


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Kawanku Sha =)
Allah selamatkan kamu..

Selamat Ulangtahun Yang ke xx ;)
Moga dipanjangkan umur..
Moga dimurahkan rezeki..
Moga ikatan ukhwah ini akan berkekalan..

Ha..?
present..?
Nanti² lah..
hehehe


Sunday, June 13, 2010

♥ Jalan-jalan dihujung minggu ♥

Weekend saya minggu ini macam agak full aktiviti nya..
hari jumaat malam, saya tidur dirumah makcik saya..
saya macam dah lama tak bermalam disana..
pada hari sabtu, saya ada janji dengan kawan saya untuk temankan dia ke Nilai 3..
nak beli barang untuk buat hantaran dia..
saya+dia yang nak buat sendiri..
menjadi ke tak, tak tahu la..
nanti saya akan upload gambar, ok..?
internet connection macam tak sesuai nak upload gambar..
sangat lembap~

kami tak lama di Nilai 3..
saya+kawan+sepupu saya (sibuk je sepupu saya ni nak follow)
hehe~
Dah dapat apa yang kami cari, kami pon bergerak pulang..
tapi kalau ikutkan, penat dah pusing2..
tapi benda yang dicari tak juga dapat..
terpaksa kami ikut Plan B..
Plan B = tak dapat lace macam yang kita cari, kita amek je apa yang ada~
So, terlaksana lah sudah Plan B..

Macam agak tergesa2..
sebab kawan saya minta saya temankan dia ke kenduri kahwin di keramat..
ikutkan hati, memang malas..
tapi, saya sangat la tidak pandai untuk memberi jawapan 'tidak' ~

dalam 1330 kami gerak dari kajang ke keramat..
kesesakan lalulintas yang sangat panjag di MRR2..
pukul 1530 bru sampai ke kenduri kahwin~
perut masing2 dah berbunyi mintak di isi..
macam2 lagu dah..
hahahaha~

Lepas balik dari kenduri, singgah pulak ke pekan kajang..
nak pergi butik pengantin..
kawan saya ni ada masalah sikit dengan butik pengantin yang dia dah booking baju..
dah memanjat ke dua,tiga butik..
kami gerak ke rumah kawan saya..
(sebab saya dah janji nak start buat hantaran untuk dia)
kalau saya tak start sekarang, entah bila dia nak buat..

Dalam 1800 saya gerak ke rumah makcik saya semula..
sebab ayah saya datang dari senawang..
lama dah rasanya ayah saya tak melawat kajang..

sesekali berkumpul ramai2..
dan berborak..
seronok rasanya..
macam tak nak balik je..
huhu~

hari makin lewat..
dan kami masing2 masih ada urusan tak selesai..
maka bersurai la perjumpaan kami..

hari ahad, saya mengadap lappy sehari suntuk..
tiada aktiviti lain..
eh, ada la..
saya jahit lace dengan alas kain untuk hantaran kawan saya..
dah siap satu..
ada lagi empat..
hantaran dia ada sebelas..
dia buat enam..
saya buat lima..
adil tak..?
hehehe..
eh, adil la tu..
sebab dia yang nak kahwin..
hahaha~



Ish, salah publish la..

Ish, salah publish la..
dah la penat nk upload pic genting tuh~
Nak letak caption..
tapi, da publish..
sob sob sob~

♥ Go Go Genting (Picture Only) ♥



























Friday, June 11, 2010

♥ Dup Dap Dup Dap ♥

tadi saya ada interview~
macam dah sangat lama saya tak kna interview..
tadi macam agak dup dap dup dap gak la~
tapi, alhamdulillah~
berjalan lancar..
mudah²an ada rezeki saya disana~

ada lagi satu benda yang saya nantikan dengan penuh debaran~
tapi,tak boleh nak bagi tau..
sebab takut tak jadi..
malu pulak nanti..
tapi,doa²kan lah saya eh..?

Wednesday, June 9, 2010

♥ Lupa .. Lupa .. Lupa ♥

tadi ada orang dari maybank Putrajaya call..
begini la lebih kurang perbualan kami..

Miss Maybank : Boleh saya bercakap dengan Cik Norfazlia Fairuz?
Saya : Ye, saya bercakap~
Miss Maybank : Saya call dari maybank Putrajaya..Kad atm kena telan eh?
Saya : Eh, xde la..kad ada dengan saya
Miss Maybank : Ye ke? Cuba check betul²
(saya tengok dlam purse, kad takde..hehe)
Saya : Eh, a'a la..takde (sambil gelak²)
Miss Maybank : Meh la datang ambil kat maybank putrajaya.
Saya : Tutup kulbape eh?
Miss Maybank : 4.30pm
Saya : kat mana eh maybank putrajaya?
Miss Maybank : Kat depan mahkamah~
Saya : oo..ok²..saya datang sekarang~

Saya pun menuju ke maybank..
tapi malang sungguh..
waiting list ramai dan kaunter yang buka hanya satu..
Miss maybank kat receptionist tuh suh datang esok pagi..
nasib baik la peramah² belaka kakitangan maybank putrajaya nih..

Ini 1st time saya berurusan dengan kakitangan bank yang peramah+murah dengan senyuman~
Ini bukan untuk promote ye, tapi kenyataan~




♥ Pedas Wet World ♥

Setelah lama saya berjanji dengan kedua adik saya..
Pada 5 Jun 2010 barulah janji ditunaikan..
Hampir 2 bulan rasanya..
huhu~
Maafkan kakak mu ini ya adinda berdua..
I'm very busy (chewahh)..hahahahaha..

Saya sangat rajin untuk snap picture sekarang..
sebab saya nk memeriahkan belog saya ini..
hehehe~

Adik² saya sangat teruja..
Asyik tanya, 'along yeoy, pukul berapa nak gerak?'
haha~
Lebih kurang pada 1045 kami pon gerak ke destinasi pilihan..
tak jauh pun dari rumah abah kami di senawang..
dalam 10 minit dah pun sampai..
Sebelum tu, kami singgah ke kedai..
untuk membeli makanan..

Masa nak beli tiket masuk, lambat pulak urusannya..
ada rombongan sekolah tapi macam tak organize betul²..
cikgu pengiringnya banyak kali kira jumlah anak murid..
bila nak beli tiket, tanya lagi sekali berapa orang kat situ..
urusan membeli tiket mereka mengambil masa dalam 20 minit
ish ish ish~

Dah masuk ke tempatnya, tanpa membuang masa kami letak beg dan terus menuju ke air..
(kami adik beradik memang sangat suka dengan aktiviti mandi-manda begini)
kami sewa tube..
tp macam susah nak jaga..
so, pulangkan balik..
rasa macam rugi, tapi takpe lah..
guna untuk naik gelongsor..
tapi saya xsnap gambar la..
sebab fon saya bukan water resistant..
hehe~

Inilah kami adik beradik..
sama tak ..? =)

Dari kiri:
- Norfatini Hanani a.k.a Nini
- Norfazlia Fairuz a.k.a along@yeoy@lea@etc =)
- Norazwani Izzati a.k.a Wani

Kalau perasan, waktu dalam picture ini adalah 4.18 pm..
sangat lama kan kami mandi..
tengoklah tahap sunburn kami..(terutamanya saya la)


Ini close up untuk adik² saya..
saya malu nak bergambar close up dalam air..
hahaha~

Teman saya yang snap picture ini..
teman saya sudah salin baju tapi kami masih dalam air..
sampaikan cakap kat kami, 'dah pukul 430pm nih, tak nak balik ke?'
haha~

saya macam nak mandi-manda lagi..
tapi kesian kat teman saya..
saya pun cakap lah dengan adik saya..
'along nak tukar baju ni'
dengan harapan mereka pon akan ikut sama..
tapi nak tau tak apa adik bongsu saya cakap?
'along pegi lah dulu tuka baju, wani+nini nak mandi lagi'
sabar je lah~
takpe lah..
bagi mereka mandi-manda puas²

Tetapi, mereka ni bukan berani nak mandi dua beradik..
mereka keluar juga dari air..
hahaha~
Lagi pon tak boleh biar berdua je..
nanti mesti bergaduh..
=)

Lebih kurang jam 1700 kami selesai segala urusan persalinan baju..
Kami pon bergerak pulang~
Ini yang sempat saya snap dalam kereta..
kulit yang sunburn+mata yang merah~
penglihatan mata saya agak kabur pada masa ini..
dan berlarutan hingga keesokan harinya..
alhamdulillah, kembali normal

p/s: jangan buka mata anda didalam air yang ada kandungan klorin ya..?
inilah akibatnya~






Related Posts with Thumbnails